21 Nov 2014

Syarat Melakukan Amalan Zikrullah bersendirian (Mubtadi)

SYARAT MELAKUKAN AMALAN ZIKIRULLAH BERSENDIRIAN BAGI ORANG BERMULA (MUBTADI)
1. Menyedia satu tempat kosong, bersih, tiada kedengaran suara orang (bising).
2. Pakaian dan badan suci bersih secara zahir dan batin melalui mandi dan wudu'.
3. Memakai bauan harum (attar atau bukhur) nyaman ketika berzikir.
4. Duduk bersila (tarabbu') atau tawarruk atau iftirasy pada waktu berzikir. (pilih mana yg selesa bagi diri individu).
5. Menghadap arah qiblat.
6. Meletak kedua-dua tangan (lengan) di atas kedua peha.
7. Mengikhlaskan niat kepada Allah STW.
8. Menghadhirkan makna lafaz secara hakiki dalam sirr (qalbu).
9. Berzikir dengan penuh kecenderungan hati, hebah, hormat dan ta'zim.
10. Berserah diri sepenuhnya dengan penuh kesempurnaan kepada Allah Tuhan Yang Maha Benar (Haq). Membelakangi segalanya daripada segalanya daripada merasakannya sekalipun diri sendiri sehingga menjadi diri orang yang berzikir dan zikir itu sendiri sebagai 'Intinya' yang diingat (madhkur) kerana fana'nya di dalamnya dan baqa'nya.
Semoga Allah SWT memberi pertologan dan tawfiq. Wassalam.

12 Nov 2014

Kaifiat Solat Sunat Taubat

KAIFIAT SOLAT SUNAT TAUBAT

صلاة التوبة

Solat sunat Taubat adalah satu solat yang disunatkan. Dikerjakan solat ini ialah sesudah seseorang melakukan kedosaan atau merasa berbuat dosa, lantas bertaubat kehadrat Ilahi.

Bertaubat dari suatu kedosaan itu, iaitu menyesal akan perbuatan yang dilakukan, bercita-cita tidak kan melakukannya lagi dan memohon keampunan dari Allah.

Solat sunat taubat boleh dilakukan bila-bila masa, selepas tiap-tiap 2 rakaat. Rakaat yang sebenarnya tidak terbatas. Waktu yang afdhol ialah tengah malam.

KAIFIAT SOLAT SUNAT TAUBAT

Lafaz Niat Solat Sunat Taubat

اُصَلِّى سُنَّةً اتَّوْبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلّهِ تَعَالَى

اللهُ اَكْبَـرُ

Rakaat Pertama

Al-Fatihah
Ayat Kursi 1/11 kali

Rakaat Kedua

Al-Fatihah
Qulhu wallah 1/11 kali

ATAU

Rakaat Pertama
Al-Fatihah
Kul yaa ayuhal kafirun 1/11 kali

Rakaat Kedua
Al-Fatihah
Qulhu wallah 1/11 kali

Semasa sujud akhir baca;

لاَاِلَهَ اِلاَّ اَنْتَ ســُبْحَنَانَكَ اِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

LAILAAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMI

Selepas salam beristifar 70 kali

اَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمِ الَّذِى لاَاِلَهَ اِلاَّ هُوَ الحـَىُّ القَوُّمَ وَاَتُوبُ اِلَيْهِ

ASTARFIRULLAHAL AZIM ALLAZII LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM WA ATU BU ILAIH

Kemudian baca doa taubat dengan penuh rasa menyesal kerana melakukan kesalahan terhadap Allah dan berharap mendapat keampunan hingga mengalir air mata

نِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الاَنْبِيَا وَالـمـُرْ سَلِيْنَ وعَلَى أَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَرْحَمْنِى وَتُبْ عَلَيَّ
Tuhanku ampunilah aku, kasihanilah aku dan terimalah taubat

اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَا بُ الرَّحِيْمُ
Bahawa sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihi

اللَّهُمَ اَنْتَ رَبِّي لاَاِلَهَ اِلاَّ اَنْتَ
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau

خَلَقْتَنِيْ وَاَنَا عَبْدُكَ
Engkau yang telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMu

وَاَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ
Dan aku atas janji dan perjanjian engkau akan apa-apa yang aku sanggup

اَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا صَنَعْتُ
Aku berlindung dengan Engkau dari apa-apa yang kuperbuat

اَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَاَبُوءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْلِي
Aku mengaku banyak mengecap nikmatMu dan aku mengaku banyak melakukan dosa, ampunilah aku

فَاِنَّهُ لاَيَغْفِرُ الذُّنُوبَ اِلاَّ اَنْتَ
Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa selain Engkau

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن

Wallahu a'lam

21 Okt 2014

Kenapa Berguru?

Ianya satu konsep setua tamadun manusia. Ibu bapa ialah guru semulajadi yg awal kepada anaknya. Berguru di sekolah dan universiti atau pondok dan lain-lain lagi untuk berguru ilmu (Fardhu ain atau ilmu kifayah).
Demikian berguru dlm perjalanan thoriqat sufiah amat penting kerana Guru Thoriqat Tasawuf ialah pembimbing perjalanan dan ilmu rohaniah yang mempunyai dua kelayakan iaitu:
1. Selaku mua'llim (menguasai dan penyampai ilmu-eg:syariat, Thoriqat, hakikat, makrifat dan ilmu mukasyafah).
2. Selaku murabbi (tahu ilmu mendidik atau tarbiah terhadap Si Salik-murid bimbingannya dalam pejalanan ruhaniah-Guru begini layak dipanggil Syeikh Mursyid).
Maka kedudukan Syeikh Mursyid dalam Thoriqat Tasawwuf adalah seperti berikut:
1. Ab al-Futuh: Sebagai bapa atau pembimbing ke arah terbukanya hati murid menerima kebenaran dan hidayah daripada Allah SWT.
2. Ab al-Barakat: Sebagai bapa atau pembimbing ke arah wujudnya pelbagai barokah ilmu pengentahuan yang dipelajari oleh murid daripadanya.
3. Ab al-Mahasin: Sebagai bapa atau pembinmbing ke arah wujudnya pelbagai amalan baik mengikut bimbingan dan tunjuk ajarnya.
Moga menjadi pedoman siapa yang merasa layak dirinya menjadi Syeikh Mursyid dan juga bagi murid yang mencari dan mahu menjadikan seseorang itu Syeikh Mursyidnya. (Namun sifat 'ismah' (tetap ia terpelihara dari dosa) bukanlah syarat mutlak menjadi seorang Syeikh Mursyid. (Rujuk: Habl al-Warid).
Wallahu a'lam. Wassalam.

Pintu Taubat Tetap Terbuka

PINTU TAUBAT TETAP TERBUKA.

Sabda Rasulullah s.a.w.
"Orang yang bertaubat dari dosa adalah seperti orang yang tidak berdosa dan jika Allah mencintai seorang hamba nescaya dosa tidak melekat". (HR.Anas bin Malik).
Firman Allah. Ertinya:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri". (Al-Baqarah 2:222).
APAKAH TAUBAT?
Ialah juru ingat Tuhan di dalam hati setiap insan muslim.
APAKAH SYARAT-SYARAT TAUBAT.
1. Menyesali kesalahan.
2. Meninggalkan terus kesalahan.
3. Bertekad tidak kembali kepada kemaksiatan yang sama.
TAUBAT BOLEHKAH BERULANG.
Taubat boleh berulangkali andai terjerumus juga dalam dosa setelah bertaubat atas dasar firman Allah:
'Likulli ajaling-kitaab'
Ertinya:"Bagi tiap-tiap masa ada ketentuannya"(Ar-Ra'dh 13:38).
ADA TIGA TAHAPAN TAUBAH.
1. Tawbah lantaran kesedaran doa.
2. Inabah(berpaling hati kpd Tuhan)lantaran pahala.
3. Awbah iaitu kembali lantaran mematuhi perintah Ilahi seperti firman Allah:
"Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah hai orang orang beriman" (QS,An-Nur:31).
Jika seorang hamba Allah bertaubat dia dapat pujian Tuhan seperti firman Allah:
"Dia adalah sebaik-baik hamba sesungguhnya dia amat taat(kepada Tuhannya) (QS,Shad,38:30).
TAUBAT IKUTI JEJAK RASULULLAH S.A.W.
Apabila hati Baginda suram. Baginda bertaubat 70 kali sehari.
Firman Allah, Ertinya:
'Katakanlah, jika kamu(benar-benar)mencintai Allah ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa dosa mu' (Ali Imran 3:31).
PERINSIP TAUBAT NASUHA.
Satu penyelewengan sahaja sesudah taubat lebih amat patut ditakuti (terhadap murka Allah) berbanding 70 penyelewengan sebelum bertaubat.
BEBERAPA PENDAPAT MENGENAI MAKNA TAUBAT DARI PANDANGAN ARIFINBILLAH.
1. Taubat itu adalah bahawa engkau tidak melupakan dosa dosa mu.
2. Taubat itu bahawa engkau benar benar melupakan dosa mu.
3. Taubat itu taubat dari taubat.
4. Taubat itu engkau berpaling dari sesuatu selain Allah.
TINGKAT TAUBAT.
1. Bertaubat dari dosa
2. Bertaubat dari kealpaan (terhadap Ilahi).
3. Bertaubat dari kesedaran akan perbuatan baiknya sendiri.
4. Mohon ampun tampa wara' adalah taubat para pendusta.
PERINSIP TAUBAT AHLI THORIKAT UNTUK TERUS MAJU PENDAKIAN PUNCAK KEROHANIAN.
1. Tidak kembali kepada sesuatu yang telah ditinggalkan.
2. Tidak meminta sesuatu selain yang esa yang di tuju.
3. Jaga lubuk hati dari ingatkan perkara yang telah di tinggalkan.
4. Pengalaman 'manis dulu menjadi pahit pengalaman masa mendatang (pengalaman alam thoriqat, hakikat dan makrifat dan mahabbah Ilahi menjadi manis'.
TIP:
Allah membangkitkan orang orang yang bertaubat dari kubur kubur mereka dalam keadaan gembira.
Note: Catatan ini adalah asasnya bimbingan kepada calun salikin bagi tarekat Syathoriyah Neosufisme (TSN). Method atau kaifiat bertaubat secara former dgn bimbingan Syeikh Mursyid pula diberikan sebelum masuk suluk mukaddimah tiga malam berturut sebelum berbaiah dan menerima talqin zikir asas TSN.
Wassalam.
Oleh; Syeikh TSN-Zahratul Alam
(Buat indan para pencari jalan kembali (thoriqat-inabah) kepada fitrah keruhanian dan keredhaan Allah SWT).

21 Sep 2013

MUNAJAT TAUBAT TSN

MUNAJAT TAUBAT TSN

Ya Tuhanku.. Denganku daku hina, denganMu daku mulia.
Denganku daku papa, denganMu daku kaya.
Denganku daku lemah, denganMu daku perkasa.
Tiada yang mengetahui kehinaanku, kepapaanku dan kelemahanku selainMu.
ya Maulaya... Makrifatku dalam hati menuntut demi untukMu atas diriku
sedang daku khusyu' di ambang gerbang pintuMu
bersujud di dalam lapanganMu nan jua
ku datang menghampiriMu dengan penuh noda dan dosa
ku mohon maaf ampunanMu serta kemurahanMu.
Ya Maulaya... Andaikan Engkau pikulkan atas pundakku beban dosaku
tiada bumi dapat mengangkatku
tiada pula langit dapat menaungiku
tiada satu pun selain Engkau yg dapat memikul berat dosaku
dan tiada satu lesan selain dari lesan kemaafanMu yg sanggup memberi alasan terhadap kesalahan kesalahanku.
tiada satu dari makhluk-makhlukMu yang sanggup melihat padaku
kerans buruknya rupa yang dipenuhi oleh daki-daki dosaku.
Tiada satu makrifat dari sekian banyak makrifat makhluk-makhlukMu yg sanggup mengajukan uzur untukku kepadaMu
lagi pula ia melihat dosaku dalam makrifatMu.
Maka tiadalah demi kemuliaanMu, sekali lagi tiadalah demi Kemuliaan Mu yg dapat menyelamatkan diriku daripadaMu
kecuali Engkau,
tiada pula daku dapat menghindarkan diri dari KemurkaanMu melainkan Engkau
tiada daku mempunyai alasan perihalku kecuali Engkau.
Ya Maulaya... daku memohon kepadaMu dengan Rahmaniat Mu
daku meminta padaMu dengan Nur CahayaMu
daku ajukan pintaku padaMu dengan kebagusanMu
daku harap-harapkan padaMu dengan keindahanMu
daku rindukan padaMu dengan ZatMu
dengan WajahMu
dengan DiriMu
dengan SampingMu
dengan tanganMu
dengan RohMu.
dengan mata-penglihatMu
dengan RumahMu
dengan SomAdiatMu
dengan seluruh SifatMu
dengan ke'Agongan didalam meng-Agong-AgongkanMu
daku memohon maaf dan ampunan serta kemurahan
dan ku minta tabir penutup untuk dosa-dosaku
dengan taubat dan kembali kepadaMu.
(Sekian, terima kasih. Wassalam)